Tuesday, March 6, 2012

Janji dalam sebuah perkahwinan..

Assalamualaikum and good night reader..
salam 1 malaysia...!!
This week is my midterm break so i have to do all my assigment.
bosan juga duduk rumah saja.Jadi suri rumah sementara.
Kemas rumah,cuci baju,lipat baju and many more!
but im still happy because im still ok with my Mr.comot...




Fuuhh..banyak betul dugaan dalam hidup kan.No aisy..tak boleh mengeluh..
baru sikit je ni dugaan..banyak lagi dugaan2 akan datang..so,mesti sentiasa sabar ok!
Sometimes,saya tak faham kenapa semakin banyak perempuan2 yang dah kawin dah anak tapi still lagi hidup macam zaman bujang....why arr??..i mean still pakai sexy2,still enjoy sana sini macam zaman single lagi..
owhh sorry,may be yang kat luar sana tak sengaja baca blog saya ada yang terasa..Saya tak bermaksud nak menyindir siapa2.Tetapi saya hanya menyampaikan apa yang menjadi tanda tanya saya selama ini.
Ada ibu2 dan ayah2 yang dah ada anak masih lagi pergi club,minum arak dan ada ibu yang masih lagi smoke..(owhh my god!!)...ada pulak tu siap bawak anak sekali pergi club..masyallah..errmm..sedih kan kalau tengok macam ni..





Saya pun bukan baik sangat.Tetapi tak salah kan kalau kita berusaha nak jadi orang yang lebih baik.
Perkara-perkara tersebut berlaku sebab tiada didkan agama sejak kecil dari ibu bapa atau keluarga.
Atau ada juga keluarga dah beri didikan agama yang baik,tetapi anaknya berkawan dengan orang yang tidak baik.Itu lah pentingnya institusi keluarga yang baik dan bahagia.Semua bermula dari ibu bapa.
Sebab tu,orang2 tua cakap cari suami atau isteri dari keturunan yang baik2.Tetapi jika pasangan kita bukan sebaik Nabi Muhamad dan dia ingin menjadi seorang yang baik dan berubah menjadi lebih baik,kita mesti memberi sokongan dan tunjuk ajar.that good right..??
Tetapi jika pasangan kita masih tidak berubah baik dan tetap dengan perangai yang dulu.Masih lagi dengan gaya hidup yang tidak baik.Just leave it..or jika anda masih lagi boleh bertahan dan mampu lagi untuk memberi nasihat,just go on...




Akhir tahun 2011 saya tengok ramai pasangan-pasangan yang telah berkahwin dan bertunang.
ermm..jeles i taw..!!bila la saya nak bernikah kan dengan pilihan hati saya...hehehe...
Suka tengok orang dah berumahtangga nie..Semoga mereka2 yang baru melangsungkan perkahwinan bahagia hingga anak cucu..Jagalah rumah tangga baik2 kerana ia sangat berharga.
Saya mempunyai impian atau boleh dikatakan janji jika saya menjadi seorang isteri nanti..



1.Insayaallah kepada suami saya nanti saya akan menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri dan ibu dengan baik.
2.Insyaallah,kepada suami saya nanti saya akan ubah imej dengan lebih sopan dan menutup aurat sebaik2nya.(bertudung labuh)hehehe...
3.Insyaallah,kepada suami saya nanti,jika saya berjaya dalam bisnes saya.Saya akan berhenti bekerja sbg seorang nurse dan bisnes dirumah sahaja dan  boleh menjadi surirumah sepenuh masa.
4.Insyaallah kepada suami saya nanti,saya tidak akan boros shopping je..saya akan control semua perbelanjaan dengan baik.
5.Insyaallah,saya akan didik anak2 kita nanti dengan baik bersama awak bakal suami saya nanti.Jangan sampai anak2 kita menjadi orang yang tidak berguna..



Berkahwin Kerana Ibadah
Menurut Islam, perkahwinan bukan atas tuntutan nafsu, tetapi atas tuntutan agama.
Perkahwinan bukan semata-mata untuk memuaskan shahwat tetapi untuk memenuhi kehendak misi kejadian manusia iaitu untuk beribadah kepada Allah.
Kerana itulah, setiap Muslim perlu merancang dan berusaha agar perkahwinan mereka tergolong dalam perkahwinan mithali.
Perkahwinan mithali adalah model perkahwinan cemerlang menurut acuan Islam bersandarkan ikatan kasih murni angota keluarga menuju redha Allah.
Perkahwinan mithaliah bermula dengan matlamat yang jelas lagi tersuluh.
Syariat Islam menitikberatkan perkahwinan ditegakkan sebagai satu ibadah dan mampu mendekatkan diri dengan Allah. Perkahwinan dibuat atas keinginan untuk memenuhi tuntutan syariat dan Sunnah RAsulullah S.A.W. Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dan al-Baihaqi, Rasulullah S.A.W bersabda:
"Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku."


Cinta Dan Kasih Sayang
Cinta dan kasih sayang adalah penghias utama dalam sesebuah perkahwinan mithali. Jaminan kebahagiaan dalam sebuah keluarga sebenarnya berputik daripada cinta yang mendalam di antara suami isteri berpaksikan Islam.
Cinta yang murni ini seterusnya melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan ibu bapa mereka apabila telah tiada di dunia nanti.
Justeru hubungan kasih sayang di antara ibu bapa dan anak-anak perlu dijaga dan dipupuk agar setiap Baitul Muslim atau keluarga Islam dihiasi dengan kesyahduan cinta yang segar dan kasih yang mengasyikkan.
Kasih sayang juga perlu sentiasa dicari dan dibina bukannya ditunggu atau dibiarkan kerana fitrah manusia sentiasa dahagakan kasih sayang.
Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah ar-Rum:30 :
"Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan Tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui."






Tarbiyah Dan Pendidikan
Pendidikan adalah tema penting dalam sesebuah perkahwinan mithali.
Kecemerlangan dan kehebatan anak-anak yang menjadi tunjang dan penyeri sebuah keluarga bermula daripada pendidikan yang diberikan oleh ibubapa.
Haluan yang dipilih perlulah ditapis daripada elemen-elemen yang tidak sihat yang menjadi punca keruntuhan sebuah keluarga.
Perlu diingatkan bahawa anak-anak adalah aset yang mewarisi kepimpinan negara pada suatu hari nanti.
Pentarbiyahan dan pendidikan yang diterapkan perlu berteraskan ketauhidan kepada Allah, kecintaan kepada Rasul seterusnya menjunjung al-Quran sebagai kalam Allah yang tidak ada keraguan baginya.
Ibu dan bapa yang prihatin akan sentiasa membentengi anaknya daripada kebejatan moral dan akhlak yang tenat pada mutakhir ini seperti vandalisme, hedonisme dan materialisme yang menatijahkan keruntuhan Iman dan akhlak anak-anak mereka.
Begitu juga, pendidikan anak-anak bukan hanya terpikul di atas bahu ibu atau bapa sahaja, malah kedua-dua ibu dan bapa bertanggungjawab membentuk keluarganya ke arah keluarga mithali yang hebat dan cemerlang.
Lelaki atau bapa merupakan ketua bagi setiap keluarga. Berdasarkan firman Allah S.W.T dalam surah an-Nisa ayat 34 bermaksud:
"Kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita. Oleh kerana itu Allah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan)."





Ibu Bapa Mithali
Perkahwinan mithali bermula dari ibu dan bapa yang mithali.
Kita pasti berasa malu sekiranya pasangan suami isteri tidak mampu menjadi contoh kepada anak-anak dek kerana kejahilan tentang Islam yang disengajakan.
Kita tidak mahu ibu dan ayah hanya terkelu lidahnya apabila diminta anaknya mengajar tentang solat, doa-doa harian dan bacaan al-Quran yang betul.
Contoh terunggul perkahwinan mithali tentunya datang dari junjungan mulia Rasulullah S.A.W.
Baginda Rasulullah selaku suri teladan sepanjang zaman telah meletakkan Khadijah binti Khuwailid sebagai wanita pertama yang bertakhta di hati baginda dan berjaya menakluki hati Rasulullah dengan cinta yang tidak pernah kunjung padam.
Keindahan perkahwinan baginda terungkap dalam pergaulannya dengan Khadijah dan isteri-isteri yang lain.
Kehadiran putera dan puteri serta cucu baginda telah menyerikan lagi kehidupan keluarga Rasulullah.
Mengimpikan sebuah perkahwinan mithali, hanya tinggal mimpi jika kita tidak menyelak kembali sejarah hidup baginda sekeluarga yang amat indah itu.
Tegasnya perkahwinan mithali yang aman dan bahagia adalah impian pasangan suami isteri.





Semoga impian-imopian ini akan terwujud..amin...
good night....

No comments:

Post a Comment