Monday, January 7, 2013

Kampung & Keluarga baru

Assalamualaikum..
haluuu..haluu..ya allah,rasa macam lama tak berceloteh disini yea 
tuan-tuan dan puan-puan.Fuhhhh,letihnya jadi suri rumah walaupun sementara.
owhh my god!!!..rasa macam nak nangis taw.You know,saya tak pernah pergi pasar yang lecak-lecak tu..(bajet macam tuan puteri je..weeekkhh!!).Masalahnya bukan tak nak pergi pasar kampung dan memilih pasar tesco,carefour..bukan..bukan..!!..Masalahnya psar kampung tu yang berada di batu pahat tu sangat la kotor,sampah sarap majlis bandaraya tak pandai-pandai nak angkut..owhh my god!!..
that is the first time and last i come there!!..ok.Abang sayang,please tak mau lagi pergi pasar yang kotor tuu.


Tetapi yang lebih seronok dan berfaedah lagi saya nak cerita ialah kehidupan dikampung mengajar saya erti kehidupan sebenar menjadi suri rumah.Bukan senang rupanya jadi suri rumah ni,Awal pagi dah bangun siapkan sarapan pagi.kemas rumah,cuci baju (pakai mesin basuh yang penting),pergi pasar beli ikan,ayam ke untuk makanan tengahari.Balik dari pasar sidai baju,dah sidai baju cuci pinggan mangkok kat dapur.pukul 11 tengahari start masak.Siap masak je sediakan meja makan,pukul 1 tengahari makan beramai-ramai.Siap makan,cuci lagi pinggan mangkok,kemas lagi laaa dapur.Pukul 2 baru saya dapat berehat sampai tertidur kat ruang tamu dengan anak buahku.



Pukul 4 petang saya amek kain sidaian yang dah kering,kemudian saya siapkan minum petang untuk mama dan abah.Barulah saya mandi dan terus lipat kain dan baju-baju.Lepas maghrib apnaskan dan masak sedikit makan malam baru.Kadang-kadang tambah telur goreng untuk anak buah yang memang suka makan telur goreng.Selalunya makan malam,anak buah akan tolong kemas meja makan.Kalau mereka tolong,sebeb dah bagi upah atau hadiah.


Syafiq anak pertama along memang duduk dengan mama dikampung.Tapi tak rajin macam budak kampung.Kena jerit,barulah nak buat kerja.Tapi semoga semakin dewasa nanti,semakin dia sedar bahawa mama dan abah bukan makin muda,tapi makin tua dan kurang sihat.Farah anak kedua along.tidak berapa nakal,tapi cepat merajuk yea tuan-tuan.Kalau dah merajuk boleh sampai satu hari.dan saya orang paling malas nak pujuk budak merajukl.Azroi anak ketiga along.Owhh my god!!..super duperr active..hensem dah besar nanti.Walaupun tak pandai cakap lagi,tapi nampak bijak.baru-baru ni azroi balik kampung,dia berapa nakal sangat dan boleh duduk diam.Anak keempat along coming soon...hahah..kak long  tunggu hari je  nak bersalin.semoga semua selamat dan baby sihat.Asyraf anak sulung angah,baru start sekolah darjah satu.Nakal budak-budak biasa la tu.tapi kalau saya renung wajahnya,terselit rasa sedih jika teringat cerita sedih tentangnya,rasa macam nak jaga dia sampai dia besar nanti.Budaknya cepat belajar,insyaallah bijak dah besar nanti.Mimi atau maisarah,anak kedua angah sangat lah nakal.susah nak dengar cakap.saya memang cepat marah kalau dengan budak ni.


Dan anak ketiga dari empat orang adik beradik dari  anak Encik Masri dan Fatimah ialah Muhamad Yazid baru beberapa minggu menjadi tunang saya.Insyaallah bakal imam saya dan ayah kepada anak-anak kami.
seorang yang bertanggungjawab.Muhamad Yazmir Mukhriz bakal nama anak  lelaki kami suatu hari nanti.Nur Yasmin bakal nama anak perempuan kami.sengaja saya letak depan Y sebab sama dengan Yazid.Amin,semoga seperti yang diharapkan.Saya sangat sayangkan anak buah saya.Saya akan jaga mereka dengan baik.Last one,ucu atau farid,anak keempat.sebaya dengan saya.


Duduk dikampung mengajar saya banyak perkara.Belajar tentang erti kehidupan sebenar.Belajar tentang siapakah suri rumah sebenarnya.dan paling penting belajar masak..hehe..abah,ucu,mama ajar saya macam-macam jenis masakan.Yazid ajar saya pergi pasar kampung...errgghhh..hahaha..
Tapi,saya tak nak la duduk kampung.Apa pun tak boleh..hahahaa..





Apapun yang terjadi dalam hidup kita adalah rancangan dan rahasia allah.semua ada hikmah.
Maka syukuri nikmat yang allah berikan..

Salam ceria semua..wasalam..