Saturday, February 25, 2012

Apakah lelaki dilahirkan untuk menjadi KASAR??

Assalamualaikum and good afternoon   (^_^)
hari ini setelah penat otak menelah pelajaran yang tak akan ada habisnya...
hari ini dapat la saya berehat sekejap sambil menonton tv...
errmm,tapi badan ni letih sangat2.....
tangan lenguh,pinggang sakit,tadi malam kaki krem sebab air cond sejuk gilaaa...!
sampai menjerit-jerit tapi sayg sebok lagi main game,
saya nangis baru la Mr.sayg urut kaki saya 
(tau plak die takut saya nangis kuat2..hehe)




Well,esok may be pergi jenguk makcik (i call her mak su) kat giant majidee
pergi kedai kuih muih die..dari hari tu ibu cakap mak su cari2 saya.dont know la for what..
owhh damn!.next monday start practical and masuk eye clinic at HSI.i have to make preparation all about EYE..esok la siapkan semua.




owhh yeaa,perempuan2 kat luar sana mesti tak suka degan lelaki kasar right??
same with me..tak kisah kasar dari segi bahasa ke,perbuatan ke or whatever.Kalau dah perbuatan kasar mesti la kata-kata pun kasar kan..So,lelaki ni dilahirkan untk menjadi kasar ke??...owhh my god...!!please la lelaki kat luar tu jadi lah lelaki yang sopan santun sikit!!..
kalau u all nak isteri yang baik hati dan hormat u all,so u all mesti la belajar hormat perempuan2 yang ada kat dunia ni baru la u all dapat isteri yang macam u all harapkan...
Sometimes,saya tak faham ada lelaki yang rajin solat and pandai dalam agama tapi tu lah..
kasar dengan isteri..ada plak tu kaki pukul...astofiruallahalazim...
kalau macam tu pnye jenis suami,tak perlu jadi suami la ehh.Kami orang perempuan tak perlukan lelaki yang kasar macam tu.kami perlukan lelaki yang tahu respect,jaga maruah kami,dan didik kami sebagai seorang perempuan.





Kalau macam ni la jadi semasa bercinta dan telah berumahtanggaa,better saya tak perlu kawin.Biarlah jadi andartu daripada mesti disepak terajang or dimaki hamun oleh lelaki yang macam nie.hampehhh..!!.Excuse me,saya rasa jiwa perempuan lebih kuar berbanding lelaki.
Lelaki luaran saja kuat tetapi hakikatnya dalaman mereka lemah.why?tak setuju ke saya cakap macam nie..itu kau punya hal...sorry...





dalam islam lelaki macam ni dinamakan DAYUS....mehh sini i tell you what meaning of dayus..
Ini pun saya search kat google and tambah mengikut apa yang saya belajar dulu kat sekolah agama....lets see!!




Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-



1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain ) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibubapa 'sporting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki l ain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilang? Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna (melabuhkan tudung hingga ke dada)

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelamatkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelakisedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelakitanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. 


Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.




Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"


Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.



Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :


sabda Rasulullah


Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)





So,please lelaki kat luar sana belajar lah untuk respect perempuan yang respect kamu juga dan respect peremouan yang jaga kamu dengan baik.respect perempuan yang sanggup bersama kamu saat kamu tengah down saat kamu tengah susah tahap gaban!...
And kalau ada lelaki yang kat luar ti boleh bagi jawapan kenapa sanggu berkasar dengan perempuan tanpa sebab yang logik dialu2kan..tapi kalau saya reply blek apa yang kamu cakap dan mengguris perasaan kamu jangan marah or nak saman2 saya ok...hahaha...
alright,bertambah penat la bebel byk2 kat sini..ok show....
Salam....

No comments:

Post a Comment