Friday, March 23, 2012

Arti Hidup....

Assalamualaikum pembaca blog semua.satu minggu lagi practical saya akan tamat.
Dua minggu practical dihospital permai memberi saya seribu satu makna.
Memberi saya pengalaman yang berharga,sangat-sangat bermakna.
Practical di permai membuat saya sedar bahawa saya adalah kalangan orang-orang yang bernasub baik,
bahkan sangat-sanagat bernasib baik!!..Anda yang dapat melanjutkan pelajaran ke universiti,
dapat berbahagia dengan keluarga tersayang,dapat pergi melancong ke luar negara,
dapat kemana-mana sahaja anda mahu..anda la orang yang beruntung!!!.






Mengapa saya berkata demikian??
Orang-orang yang berada dihospital permai yang menjadi pesakit mental disana adalah orang-orang yang
kurang kasih sayang dari keluarga,dari sesiapa pun.Mereka hanya mengharap kasih sayang dari doktor,staff nurse,male nurse,PPK,MA dan staff-staff yang bekerja dipermai.Mengapa??
Kerana setiap hari pesakit-pesakit ini hanya berjumpa dengan mereka orang yang sama setiap hari.
Mereka tidak sentiasa dapat berjumpa dengan orang-orang baru dari luar.Setiap hari yang melyan kerenah mereka hanya lah mereka staff-staff dipermai.






Rasa ingin menangis,sedih jika melihat mereka duduk terdiam seperti orang yang tidak tahu untuk apa mereka berada disana.Ketawa jika melihat telatah mereka seperti seorang bayi.Bukan marah tapi geram jika mereka degil.Tidak sampai hati memperlakukan mereka dengan kasar kerana mereka juga manusia biasa seperti kita yang masih sihat ini.Mereka juga mempunyai perasaan marah,sedih,rasa hendak mengamuk,ketawa sama seperti kita.Tetapi mereka hanya abnormal,allah memberikan mereka kelebihan sendiri,kelebihan yang luar biasa!!Mereka adalah penghuni syurga allah yang pertama!!






Tetapi saya agak terkilan dan terfikir-fikir mengapa ada sesetengah staff dipermai memperlakukan pesakit mereka seperti binatang??!!...shittt...
Anda tidak percaya apa yang saya kemukakan??
Pergi buat lawatan sendiri dan lihat bagaimana cara mereka melayan pesakit-pesakit mental disana.
Yang melayan dengan baik,dapat la pahala..
yang melayan dengan tidak baik,menempah dosa sahaja....astofiruallahalazim...
Kenapa mereka macam tak ada otak.macam tak ada akal untuk membezakan mana yang baik dan buruk...
hodoh sangat mereka melayan pesakit-pesakit mental dengan kasar!!
Nama pun pesakit mental,memang agak susah untuk mereka bertindak balas dengan apa yang kita buat,apa yang kita cakap.So cara paling jitu hanya..kita perlu bercakap dengan lembut dan sabar dengan pesakit.
Membuat sesuatu yang boleh menarik perhatian mereka dan mereka dapat bertindak balas dengan apa yang kita suruh.So tak perlu berkasar kan??lagi memukul pesakit.
Mereka pesakit mental,retarded,jadi tak guna kalau kita memarahi mereka.!!
Saya rasa yang selalu berkasar dengan pesakit-pesakit ini mereka lah yang gila sebenarnya..
hahahaha!!!






Saya semakin sedar bahawa hidup ini sangat indah.Tak perlu kita berasa sedih sentiasa.Jika kita memberikan kasih sayang dan perhatian kepada pesakit,ia membuat hidup kita sangat bahagia.Kita kan rasa hidup ini sangat bermakna dengan berkhidmat untuk rakyat.Saya sedih juga kerana ada segelintir manusia yang buang ibu bapa mereka disini.Kadang-kadang saya lihat dengan dalam pandangan mata mereka,seperti tercari-cari dimana keluarga tidak datang melawat,dimana anak-anak tidak datang membawa makanan.
Errmmmm,sedih sangat melihat mereka..ada yang sanggup menghantar anak mereka yang cacat mental sebab tidak larat untuk menjaga lagi.Susah hendak menghuraikan apa yang mereka fikirkan.






Walaubagaimanapun,kepada anda diluar sana hargai la orang yang menyayangi anda dan orang-orang yang sentiasa berusaha membahagiakan anda kerana masih banyak lagi mereka diluar sana yang kurang kasih sayang.Practical dipermai memberi seribu satu makna dalam hidup saya.Mula dari hari ini saya akan lebih menghargai hidup ini dan orang lain.




So,good night....tq....

No comments:

Post a Comment