Saturday, September 15, 2012

Keinginan yang tinggi

Assalamualaikum dan selamat malam kepada pembaca blog.Malam ni,aku dah terlampau kenyang sebab baru balik open house lagi..Well lagi beberapa hari aku akan menghadapai osce atau ujian praktikal.
Kalau dengar nama osce je,siapa yang tak takut atau gementar.Budak2 nursing mesti takut..hahahaha..
tapi untuk aku,aku selalu cuba relax,dan tak tunjuk sangat muka takut tu.satu je yang selalu aku ingat,
untuk elakkan aku nervous sangat,aku relax,doa dan yakin pada diri sendiri,aku boleh buat!!!..
yes,i can do it...kekuatan dalam diri aku adalah confident dan aku tak pernah takut kerja sendiri dalam ward.



Tak semua orang kan ada sifat confident yang tinggi macam aku..hahaha..
ada tu jenis nak berteman je buat apa-apa.Pergi mana-mana nak berteman. Ada masa ada tempat aku perlukan jugak orang teman aku,tapi selagi aku boleh buat sendiri,aku sendiri je la..tapi kalau sampai aku je asik buang sampah sendiri,dua-dua plastik aku bawak sendiri..sedangkan ada mata lain yang nampak aku buang sampah tapi tak reti2 tuu nak tolong bawak satu plastik,even plastik tu ringan..uisshhh,tercakap plak.bukan tak ikhlas nak buang sampah yeaa..tapi agak-agak la.Mana sifat kemanusiaan anda dan sifat tolong-menolong anda???..owhh ada lagi yeaa..ingatkan dah terkubur sifat-sifat tuu.
Bukan apa,marilah sama-sama kita tolong-menolong.kan amalan mulia.


Ok2,bukan pasal sampah aku nak cakap.tapi pasal apa keinginan terbesar anda??
Ada degree,ijazah??kawin??
suami yang hensem,kacak,badan sedap,pandai,kaya???
Capai la ilmu setinggi mana pun..tiada yang akan menghalang walaupun sebuah perkahwinan atau rumahtangga.Semua perempuan nak lelaki hensem,kaya kan??
bukan apa,duit bukan segala-galanya..tapi semua menggunakan duit.
Kalau akulah..tak perlu la lelaki tu kaya raya,atau anak raja.Ada kerja tetap,dah ada kereta sendiri,ada simpanan sebelum memperisterikan anak dara orang..ok laa..itu dari segi material.
Dari segi fizikal,pada aku..kalau u all dah kenal dengan seorang lelaki dan lelaki tu sangat la baik hati.Lebih-lebih lagi baik hati dengan parents u all.U all tak akan pandang lagi rupa tu..betul kan cinta boleh membutakan siapa saja.



Nak lelaki yang hebat,bijak,pandai??
Ukurlah kebijakan diri kita sampai mana,barulah cari yang hebat macam anda inginkan.
Nak lelaki yang hensem,kacak macam aron aziz??





gambar ni sekadar hiasan...


may be boleh dapat,jadi artis dulu laa..hahaha..tak gurau je..
Nak yang alim?ustaz?soleh?
tengok diri kita,solehah kah kita?kalau kurang solehah.Mulakan dari sekarang untuk menjadi muslimah sejati yaww..!!aku pun selalu cuba untuk ubah diri aku menjadi yang lebih baik...bukan senang nak meningkatkan diri ni lebih baik.banyak dugaannya..
ada pepatah yang mengtakan tak semua yang kita inginkan,akan kita dapat.Nak suami yang kaya,dapat yang biasa-biasa je,nak yang hensem pun dapat yang biasa-biasa je...semua tu adalah nikmat dari allah.
Allah berikan yang terbaik untuk kita.Ada jugak allah berikan lelaki yang tidak berharta,sebab apa??
itu adalah ujian,kita kena bantu lelaki tu untuk ubah hidup menjadi lebih baik dan dari situ la kita akan lebih menghargai hidup,menghargai suami kita,menghargai orang lain yang berada dibawah,menghargai sebuah perkahwinan.So,sebab tu aku takut terlalu meletakkan keinginan yang tinggi untuk mendapatkan siapa lelaki yang sesuai dengan aku..hahahahahaha..kerana aku tau allah akan berikan yang terbaik untuk umatnya..
Tapi mimpi untuk hidup yang lebih baik,selalu tinggi..hahahaha..



Kesimpulannya,jika inginkan sesuatu yang besar maka kita perlu berusaha..
ok..nak tidur...good night..




No comments:

Post a Comment