Tuesday, January 18, 2011

Bukan kehendak aku ingin semua ini terjadi..

Setiap kali aku pejamkan mata 
sebelum menjemput mimpi-mimpi gelap datang
aku berharap esok akan lebih indah dari hari ini,
Setiap kata-kata yang aku ucapkan
aku berharap tidak semakin tajam dari hari ini
kerana ku tahu setipa telinga yang mendengar 
maka hati yang berdarah..
Setiap langkah kaki ini
aku berharap aku tidak akan kembali kebelakang,
Bukan sengaja membisukan mulut
dan menyombongkan diri 
merahasiakan segalanya dari sahabat,
tetapi aku tidak mahu memberi beban kepada sahabat,
beri aku waktu untuk belajar berdiri dikaki sendiri,
beri aku ruang untuk merasakan segala yang perlu aku lakukan
Kisah sebenar hanya aku yang tahu
tidak perlu ada kata-kata kiasan dibelakang atau dihadapan ku,
katakan apa sahaja didepan mataku
Terasa hati ini semakin sakit kerana kata-kata kiasan itu,
fahamilah hati ini bukan ingin menjauh dari hatimu sahabat,
aku hanya tidak ingin menambah beban dihatimu,
maaf...



No comments:

Post a Comment